Tutup

Karyawan Vale tersenyum di lanskap hijau. Dia mengenakan seragam Vale
hijau, kacamata, helm, dan penutup telinga. Artefak gelombang visual Vale
Imagem de header interno Imagem de header interno
Kehadiran Vale di Malaysia melangkaui kawasan operasinya – kami percaya bahawa sebagai sebuah organisasi, kami bersedia untuk menyokong pembangunan sosial yang mampan di negara ini. 

Kami mempunyai cita-cita global untuk menjadi salah satu syarikat perlombongan yang paling selamat dan boleh dipercayai; dan kami komited untuk membina hubungan baik dengan komuniti tempatan berdasarkan semangat saling menghormati dan mempercayai di antara satu sama lain. 

Fokus sosial kami di Malaysia

Pelaburan sosial kami di Malaysia direka untuk memberi manfaat kepada komuniti tempatan dalam bidang-bidang berikut; pembangunan ekonomi, budaya dan seni, pendidikan, dan advokasi alam sekitar. 

Pendekatan kami bertumpu kepada memastikan kesinambungan komitmen kami. Oleh itu, kami memilih dan merancang pelbagai inisiatif yang mempunyai potensi tinggi untuk menjana impak positif yang berkekalan kepada masyarakat. 

Kami juga bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan tempatan untuk menjalankan pelbagai program sosial, serta mengalu-alukan cadangan dan saranan daripada ahli komuniti untuk memperbaiki inisiatif sedia ada, atau memperkenalkan inisiatif baharu yang akan memberi manfaat kepada masyarakat. 

Bagaimana kami memilih program sosial untuk disokong?

Kami mempunyai proses berstruktur dan dasar tadbir urus yang terperinci bagi membimbing keputusan pelaburan sosio-alam sekitar kami di Vale. Sebagai sebuah syarikat global, matlamat kami adalah untuk menambah nilai kepada kehidupan masyarakat dan mengukir masa depan bersama.  Kami mengutamakan program-program yang;
 
  • Direka untuk memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti/masyarakat, seperti sokongan pendidikan, pembangunan kemahiran, latihan, dan inisiatif pemerkasaan. 
  • Inklusif. Kami mengutamakan program-program yang membela komuniti yang terkecuali atau diketepikan dari segi sosioekonomi, selaras dengan matlamat kami untuk meningkatkan kepelbagaian dan memperjuangkan keterangkuman. 
  • Mengutamakan keselamatan komuniti, kerana komuniti yang lebih selamat bermakna Vale yang lebih selamat, dan bagi kami, kehidupan adalah keutamaan. 
  • Menjana nilai kepada Manjung dan Perak, memberi manfaat kepada komuniti yang tinggal berdekatan kawasan operasi kami di Teluk Rubiah. 
  • Menggalakkan advokasi dan pendidikan alam sekitar, seperti program pemuliharaan, kempen pemeliharaan biodiversiti, dan program pendidikan alam sekitar di hutan simpan Vale Eco Centre (VEC). 
Vale juga mempunyai dasar global yang mengehadkan pelaburan sosial kami dalam bidang yang bukan dalam keutamaan fokus kami. Sebagai panduan am, kami tidak menyokong permohonan yang; 
 
  • Menjalankan atau menggantikan kewajipan Pihak Berkuasa Kerajaan untuk membiayai perbelanjaan operasi infrastruktur awam atau peralatan (utiliti seperti pembersihan, elektrik, gas dll.), perbelanjaan sumber manusia (termasuk gaji dan faedah sektor awam) serta kos pentadbiran; 
  • Melibatkan projek atau aset yang berunsur keagamaan dengan tujuan untuk menyebarkan kepercayaan, nilai dan prinsip mana-mana kumpulan, kecuali apabila mereka diiktiraf secara rasmi sebagai warisan sejarah, seni dan/atau budaya. 
Kami juga melaksanakan dasar teliti untuk tidak terlibat dalam mana-mana program sosial atau komuniti yang dianggap;
 
  • Mendatangkan potensi bahaya, walaupun secara tidak langsung, kepada kehidupan, masyarakat, alam sekitar atau reputasi Syarikat dan/atau syarikat dalam Sistem Vale; 
  • Melanggar komitmen saling menghormati, keterangkuman, kesaksamaan dan penghargaan terhadap kepelbagaian manusia dan budaya; 
  • Melanggar Program Etika dan Pematuhan serta peraturan Vale yang lain dan/atau undang-undang serta peraturan tempatan; 
  • Mempunyai unsur pengiklanan atau promosi rakan kongsi atau kontraktor, sebagai objektif khusus atau eksklusif, dalam apa jua format, fizikal atau digital; 
  • Melibatkan kempen untuk mengurangkan hutang kewangan (peribadi atau organisasi), sebagai objektif, bagi penerima manfaat. 
Vale adalah sebuah organisasi tidak berasaskan politik. Walaupun tiada sekatan untuk kakitangan kami menyertai aktiviti politik sebagai individu (bukan sebagai wakil syarikat), kami tidak menganjurkan program sosial yang menjurus kepada politik kepartian atau pilihanraya. Ini termasuk program-program yang; 
 
  • Menyalurkan sumbangan secara langsung atau tidak langsung kepada parti politik, termasuk yang dianjurkan dalam parti, dan untuk wakil atau calon mereka, serta sumbangan untuk kegunaan politik; 
  • Dilaksanakan untuk Pihak Berkuasa Kerajaan semasa tempoh larangan berkempen, tanpa analisis dan saranan terlebih dahulu dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang. 
Vale berhak atas budi bicaranya untuk memasukkan klausa lain selain daripada yang dinyatakan di atas. 

Proses Permohonan 

Jika anda  mempunyai permohonan yang  memenuhi kriteria kami dan tidak terikat ddengan mana-mana perkara  yang dilarang di atas, anda boleh mengemukakan permohonan anda melalui e-mel kepada madihah.zakaria@vale.com. Sebarang pertanyaan untuk penjelasan, boleh dikemukakan kepada alamat e-mel yang sama. 

Permohonan atau cadangan anda akan disemak oleh pihak syarikat kami – dan kami akanmenghubungi anda dalam tempoh 4 minggu untuk memaklumkan status permohonan, atau jika kami memerlukan sebarang maklumat lanjut. 

Kami tidak menerima sebarang permohonan melalui faks, telefon atau perkhidmatan pesanan segera seperti WhatsApp atau SMS. 

Marilah kita membangun masa depan yang lebih baik bersama-sama. Terima kasih.